Program Anda Bijak Jauhi Zina


ABJZ adalah singkatan bagi perkataan Anda Bijak Jauhi Zina. Kempen ABJZ telah dilancarkan semasa Malam Amal Raudhatus Sakinah pada 14 Julai 2007.


Dua objektif Utama ABJZ ialah :

1. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya zina khususnya di kalangan remaja.

2. Memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak-anak dalam menangani permasalahan gejala sosial.

Bermula daripada tarikh ia dilancarkan, team ABJZ yang diketuai oleh Puan Rosmawati Zainal (yang juga dikenali sebagai Ummi Rose) terus melakukan pelbagai usaha, tanpa kenal lelah dan putus asa. Walaupun di peringkat awal, terdapat beberapa pihak yang tidak selesa dengan kempen ini. Namun Ummi Rose dan rakan-rakan di Raudhatus Sakinah (RS) meneruskan juga niat yang suci murni ini demi kasih sayang sesama insan. Begitu juga salah satu terjemahan terhadap ikrar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dalam melaksanakan tugasan amar makruf nahi mungkar.

Demi memartabatkan maruah remaja, belia dan wanita, RS terus-terusan melakukan usaha-usaha pendidikan dan pencegahan kepada remaja, belia dan wanita.

Pengalaman menguruskan 4 cawangan RS telah memberikan pelbagai pengajaran dan iktibar yang perlu disampaikan kepada golongan masyarakat, agar kebejatan sosial yang menjurus kepada pergaulan bebas, seks bebas atau zina, pengguguran dan pembuangan bayi serta kelahiran dapat dihentikan.

Insya-Allah dengan berpandukan misi dan visinya, Raudhatus Sakinah yang dinaungi oleh KW, Dr Harlina Halizah Siraj serta Wanita JIM Pusat ini, terus memacu usaha-usaha amar makruf nahi mungkar melalui kempen kesedaran, bimbingan, perlindungan dan pembinaan jati diri remaja, keluarga dan masyarakat

0 comments:

Post a Comment

Search

About this blog

Hakcipta Terpelihara 2009 © Raudhatus Sakinah.
Sebarang cadangan dan komen sila hantarkan kepada ummisofiyyah