Tiada Naluri Manusia Sejati

Golongan buang bayi tiada rasa cinta terhadap darah daging sendiri, bertindak kejam akibat jiwa kosong

Golongan mem
buang bayi termasuk menggugurkan janin dianggap tidak mempunyai naluri manusia sejati yang penuh kasih sayang terhadap darah dagingnya sendiri.Selain dari jiwa kosong kerana tidak ada rasa cinta , mengakibatkan mereka bertindak di luar kawalan hingga sanggup membunuh insan yang tidak berdosa.

Tindakan kejam segelintir pihak membuang bayi sendiri menunjukkan mereka seolah-olah bodoh dan tidak tau apa sebenarnya berkembang dalam rahim sepanjang tempoh mengandung.

Samada wanita ini memang tidak tahu apa sedang berkembang dalam rahim dia ataupon memang sudah tidak sayang dan cinta pada insan yang bakal di lahirkan itu, mereka sanggup buang asalkan diri rasa tak terbelenggu dan bebas. Golongan ini bertindak sesuka hati tanpa berfikir tentang akibat dari perbuatan mereka.

Paparan media massa, mutakhir ini mengenai kes pembuangan bayi , menunjukkan masalah sosial ini di Malaysia semakin kronik apatah lagi tiada perasaan bersalah membuang dan membunuh bayi yang tidak berdosa itu.

Semua pihak termasuk masyarakat bertanggungjawab memainkan peranan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka yang berkaitan dalam menangani isu ini.

0 comments:

Post a Comment

Search

About this blog

Hakcipta Terpelihara 2009 © Raudhatus Sakinah.
Sebarang cadangan dan komen sila hantarkan kepada ummisofiyyah